Cameron Highlands Day Out (part 2)

Assalamualaikum semua :)

Kali ni aku nak sambung balik bercerita dalam bhgian kedua trip ke Cameron Highlands. Entri kali ni aku nk cerita pasal ladang teh paling terkenal kat Cameron ni iaitu Ladang Teh BOH yang terletak di Sungei Palas, Cameron Highlands.



yang ni signboard selamat datang

For your information, kunjungan ke ladang teh ni entah kali yang ke berapa bagi aku. Aku sndiri pun lupa. Da jadi mcm suatu kemestian utk pergi ke ladang teh ni kalau dtg ke Cameron Highlands. Maklumlah pemandangan kat ladang teh ni sungguh cantik. Subhanallah! Tak tergambar la dgn kata2 mcm mana cantiknye pemandangan ciptaan Allah SWT ni..



yang ni pulak gambar bahagian hadapan kilang utk memproses daun2 teh



suasana dlm kafe yang ada kat ladang teh ni

Gambar kafe ni aku ambil sebelum orang ramai mula bersesak2 mencari tempat utk bersarapan pagi. Kalau korg semua nak tahu, kafe ni akan menjadi sesak pada musim cuti sekolah. Kiranye asalkan cuti, mmg sesak la kafe ni. Tempat paling popular sekali kat kafe tu adalah kat bhgian anjung sbb bhgian tu lah bhgian orang ramai paling suka ambil gambar berlatarbelakangkan ladang teh.

Aku rasa aku berhenti kat sini dulu. Destinasi seterusnye aku sambung dlm bahagian ketiga pulak okay?

Assalamualaikum.. :)