tunang plus football match

SALAM SEMUA! :)
Ha! apa ni ek?


Jeng3! Hahaha! Opss! Bila tgk picture ni, jangan fkir yg bukan2 ye? Sbnrnye ni brg2 hantaran saudara aku. Smlm dia melangsungkan pertunangan dia dgn pilihan hati dia. Orang Johor. Huhuhu! Jauh aku berjalan smlm. Dari Seremban ke Johor (jauh ke?). Penat jugak la tapi ape yg best aku dpt tgk proses pertunangan tu secara live! Hehehe :)

Korg msti ingt aku tak prnah tgk org brtunang kn? Sbnrnye prnah... but! Tu smua mse aku budak2 lgi. Mane la tau benda2 ni smua. Skrg aku da faham mcm mne proses prtunangan ni dilakukan..

Cakap pasal tema pulak, kalau korg nk tau, hantaran yg warna pink hantaran drpd pihak lelaki kpd pihak perempuan dan yg warna kelabu pulak hantaran pihak perempuan kpd pihak lelaki..

Nak tau aku berada di pihak mane?


Aku berada di pihak yg memberi hantaran berwarna pink! Hehehe :)


Balik dari Johor singgah la kejap dkt Melaka. Jalan2 la kan ape boleh buat lgi. Lalu Jonker Walk lalu lintas msih lgi dpt dikawal tapi bila da masuk kat area2 Dataran Pahlawan, jam! Huhuhu. Bertambah2 penat aku. Balik pulak malam. Nasib baik sempat tgk match Negeri Sembilan vs Terengganu. Berbaloi jugak la penat2 balik dari Johor mengadap tv tgk bola sbb...

Negeri Sembilan menang! :D

Hilang penat jalan jauh tu. Suko den mlm tadi. Leno den tido ha! (btul ke aku ckp ni? maklumlah aku bkn reti sngt ckp negeri ni. kalau salah jangan mrah ye? hehe.. )

p/s: Keluar jalan2 smlm lupa kejap kerja sekolah yg menimbun2 dkt rumah tu.. :)


tik-tok tik-tok..

SALAM HARI SABTU!

Da lama rsenye tak update entri. Rindu pulak kat blog ni. Almaklumlah, sibuk menguruskan persiapan utk pergi bertempur di medan exam, hahaha! Jadual sungguh padat tpi still lgi ada masa nk mengupdate blog, huhuhu!

Kekusutan di minda pun sering la brlaku lagi2 detik utk pergi bertempur tu da smkin hampir. Mcm2 bnda nk cover. Setakat ni alhamdulillah, ada beberapa subjek yg da cover. Tinggal subjek yg agak tough la dok pening nak cover.

Haih, mudah2an aku dpt buat yg terbaik la mse exam sebenar nnti. Doakan aku ye? :)