Alhamdulillah, tamat sudah pengajianku!

Assalamualaikum semua! =)

Rasanya dah lama sangat Dilla tak update blog ni. Dah masuk setahun papan kekunci tak menjalankan tugasnya untuk bantu Dilla bercerita di blog ini. Disebabkan Dilla terlalu sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar Pra-U, blog pun tak sempat nak diterjah. Okay la. Hari ni Dilla nak bercerita sikit tentang pengajian Dilla selama satu tahun setengah di Pra-Universiti. Alhamdulillah. Hari ni tamatlah pengajian Dilla disitu.

Satu tahun setengah di Pra-U. Macam2 perkara yang Dilla pelajari. Apa yang manis sekali di Pra-U, Dilla belajar apa itu erti kehidupan sebagai seorang pelajar. Dengan assignment yang banyak, kerja kursus berlambak. Dalam masa 6 bulan, semua perkara nak kena settle. Tu yang kadang2 sampai blank bila nak jawab soalan simple. Penangan kerja yang terlalu padat la katakan..

Berkaitan tempat pengajian dan suasananya. Memang santai. Tapi biasa la. Bila berada di tempat orang, kena la pandai sesuaikan diri. Ikut rentak mereka. Mereka pun tunjuk rasa hormat juga pada Dilla. Walaupun Dilla ahli baru disitu, layanan tetap sama rata cuma panggilan saja yang berbeza disebabkan jarak umur. Tenaga pengajar semuanya hebat2. Kadang2 bila berdepan dengan mereka, terasa segan la juga kan? Hee..

Tentang kawan2 pula. Kawan Dilla tak la ramai mana tapi ada la yang sudi berkawan dengan Dilla. Kawan yang datang dari sekolah yang berbeza. Perangai pun berbeza. Hahaha. Memang banyak bersabar la berdepan dengan mereka semua sebab masih lagi cuba nak mengenali mereka dengan lebih rapat. Tapi secara keseluruhannya, kawan2 semua sporting. Buktinya, tengok je la gambar di bawah tu. Kan sporting tu?


Bila asyik tenung gambar tu, Dilla pun dah tak tahu nak cerita apa lagi tentang pengalaman belajar di Pra-U. Kenangan terlalu banyak. Memori terlalu indah. Mungkin sampai disini saja cerita yang sempat Dilla kongsikan dengan anda semua. Kalau ada cerita yang terlintas difikiran Dilla, Dilla akan ceritakan lagi pada entri yang seterusnya. Disini Dilla sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua sebagai penutup entri Dilla pada hari ini. Sekian.



gambar ni masa tengah study last minute. study last minute! kerja gila. hahaha.



sahabat Dilla, Farah Hani dan Nur Amirah =)






Farah Kuasa Dua. sebabnya? dua2 nama Farah. hehehe!







okay, time for candid photo! =D


masing2 dengan gaya tersendiri pada hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2013  =)