Cameron Highlands Day Out (part 3)

Assalamualaikum :)

Kali ni entri ketiga menyusul pulak. Destinasi kali ni ialah The Smokehouse yg trletak beberapa meter je dari tmpat aku menginap. Kalau korg nk tahu, ada cerita disebalik Smokehouse ni. Katanya sejarah Cameron Highlands ni brmula dari Smokehouse ni la. Khabar2 angin yg aku dgr. Aku pun sbnarnye tak brpa tahu sgt kan ape cerita disebalik Smokehouse ni tapi ape2 pun korg boleh la surf kt Google utk baca mcm mana sejarah Cameron Highlands ni brmula dan ada tak kaitannya dgn Smokehouse ni okay..



The Smokehouse Hotel



signboard hotel ni


Time aku pegi ni dpt tgk dari luar je la sbb tak dpt msuk. Ramai org kt dlm. So, tgk2 je la dari luar. Luar pun da ckup cantik binaannye. Mmg salute la kt arkitek yg bina bangunan ni sbb cantik sgt.

p/s: destinasi seterusnye tggu next entri okay :)


Cameron Highlands Day Out (part 2)

Assalamualaikum semua :)

Kali ni aku nak sambung balik bercerita dalam bhgian kedua trip ke Cameron Highlands. Entri kali ni aku nk cerita pasal ladang teh paling terkenal kat Cameron ni iaitu Ladang Teh BOH yang terletak di Sungei Palas, Cameron Highlands.



yang ni signboard selamat datang

For your information, kunjungan ke ladang teh ni entah kali yang ke berapa bagi aku. Aku sndiri pun lupa. Da jadi mcm suatu kemestian utk pergi ke ladang teh ni kalau dtg ke Cameron Highlands. Maklumlah pemandangan kat ladang teh ni sungguh cantik. Subhanallah! Tak tergambar la dgn kata2 mcm mana cantiknye pemandangan ciptaan Allah SWT ni..



yang ni pulak gambar bahagian hadapan kilang utk memproses daun2 teh



suasana dlm kafe yang ada kat ladang teh ni

Gambar kafe ni aku ambil sebelum orang ramai mula bersesak2 mencari tempat utk bersarapan pagi. Kalau korg semua nak tahu, kafe ni akan menjadi sesak pada musim cuti sekolah. Kiranye asalkan cuti, mmg sesak la kafe ni. Tempat paling popular sekali kat kafe tu adalah kat bhgian anjung sbb bhgian tu lah bhgian orang ramai paling suka ambil gambar berlatarbelakangkan ladang teh.

Aku rasa aku berhenti kat sini dulu. Destinasi seterusnye aku sambung dlm bahagian ketiga pulak okay?

Assalamualaikum.. :)

Cameron Highlands Day Out (part 1)

Assalamualaikum semua :)

Dah lama rasanya aku tak update blog ni kan? Memang pun. Ksian dkt blog aku ni. Terbiar mcm tu je. Klau la blog aku ni ade perasaan mesti dia da kecik hati sbb aku asyik abaikan dia je, hehehe!

Dlm entri kali ni aku nak bercerita la sikit. 3 hari lepas aku berkesempatan mengikut bos aku ke Cameron Highlands atas dasar kerja. Huh! Perjalanan memang memenatkan. Kepenatan tu smkin bertambah apabila memasuki kawasan Cameron tu. Kau org tahu lah kan, Cameron tu mcm mana keadaannye klau tiba musim public holiday, giler jam! Tension jugak aku tapi nasib baik la suhu tmpat tu sejuk. Nak marah pun tak jadi, hahaha! :D

Smpai kt sana aku dgn guest2 lain dibawa ke tmpat penginapan kami. Selesai check in, kita org dibawa pula ke Tanah Rata. Sempat jugak la aku shopping kat situ sementara tunggu guest2 tu shopping sakan, hehehe..

For the next day, kami dibawa pula ke Butterfly Farm. Meh tengok sikit rama2 kat Butterfly Farm tu..



Ni masa rama2 tu tengah menghisap nektar






Yang ni kalau korg nk tahu rama2 ni la yg terkenal kat situ. Rama2 jenis ni bolah dilihat dlm Butterfly Farm







Kalau korg nak tahu, rama2 ni jinak sgt. Datang dkt pun tak terbang. Kat Butterfly Farm ni bkn sje ade rama2 tapi mcm2 haiwan lain pun ade. Kalau korg dtg bercuti kat sini boleh la singgah kat Butterfly Farm ni.

Aku rasa2 eloklah aku brhenti smpai sini je utk bahagian pertama trip kerja ni. Next time aku smbung lagi okay?

p/s: Aku sebenarnye memang penat sbb dari balik tdi blum smpat nk rehat tpi disbbkan blog ni da panggil2 suruh update, so cuba bertahan utk post entri baru ni. CHILL ;)