The Twilight Saga : Breaking Dawn part two

Assalamualaikum semua! :)

Rasanya dah lama Dilla tak update blog ni. Banyak juga perkara yang perlu diuruskan sebelum dapat luangkan masa menulis kembali di blogger ni. Okaylah, entri kali ni nak cerita sikit pasal filem yang dah jadi bualan hangat peminat2 siri Twilight ni. Filem tu korang semua mesti dah tau tajuknya kan? cuma kali ni kembali dengan part 2 pula.




Dilla rasa ramai yang dah tonton Breaking Dawn part 2 ni dan melalui apa yang Dilla lihat di Twitter dan Facebook, ada yang beri bermacam2 komen tentang filem ni. Untuk mendapatkan kepastian tentang komen2 yang Dilla baca tu, Dilla dengan member Dilla yang juga meminati siri ni pergi la tonton sekali. Best memang best. Kalau dapat peluang pergi tonton lagi, sure! Akan turut serta.

So, korang yang still belum tonton filem ni, especially buat hard fans siri ni macam Dilla, Dilla suggestkan korang untuk pergi tonton. Yang minat siri ni mungkin akan kata filem ni best tapi yang tak berapa nak hard fans sangat siri ni tak apa, korang boleh komen sendiri filem ni macam mana lepas tonton nanti, okay? :)


first experience sambut Merdeka Raya sebagai pelajar pra-u :)

Assalamualaikum semua! :)

Rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak akhir2 ni sibuk mengulangkaji untuk final exam nanti. Batch Dilla merupakan batch pertama yang bakal menduduki peperiksaan STPM sistem Modular. Bukan sistem Terminal macam dulu tau? Okay, ketepikan dulu cerita sistem peperiksaan tu sebab kali ni Dilla nak bercerita tentang pengalaman pertama Dilla sebagai pelajar tingkatan 6 di SMK King George Kelima, Seremban meraikan sambutan Merdeka Raya.

Sambutan Merdeka Raya di sekolah ni memang meriah. Suasana sambutan tu memang tak dapat digambarkan dengan kata2 lah. Tambah pulak dengan pelajar2 tingkatan 6 yang sporting ni, menggamatkan lagi suasana yang diadakan pada 30 Ogos lalu. Hehehe, dah lama berlalu pun tapi baru kali ni berkesempatan nak cerita..

Dilla tak ada banyak perkara yang nak dicakapkan cuma disini Dilla nak berkongsi gambar2 sambutan Merdeka Raya itu diadakan dan gambar ni gambar sambutan Merdeka Raya di kelas Dilla belajar sekarang..



susun atur meja :)




menu utama, Nasi Ayam :)




salah seorang daripada classmate Dilla :)



tengah buat apa tu? :)



bersama guru tingkatan kami :)



cuba teka apa yang tengah mereka buat ni? hahaha :D




pelajar berbangsa Cina kelas Dilla :)




Zarif dengan amoi2 yang comel :)




K A M I  :)



peace! heee  ;)




maaf, gambar terhad! heee ;)

kad raya! kad raya! :)

Assalamualaikum semua :)

Rasanya dah lama tak update blog ni. Jadi makin rindu la pulak. Tapi, pagi2 ni mcm ada sesuatu yg menarik2 aku untuk kembali meng'update' blog ni. Tak tahu sebab apa? Mungkin sebab dah nak raya kot? hehehe..

Entri kali ni nak cerita la sikit pasal kad raya. Kad raya? Mesti korang teringat zaman2 sekolah dulu kan? Yela, zaman2 sekolah dulu kita mesti nak beri kad raya kat kawan2 kita. Haa, aku pun rindu zaman2 beri kad raya kat kawan2 masa sekolah dulu. Zaman2 sekolah dulu kad raya design semuanya mcm ni kan??



Ai, sekarang ni dah tak buat dah. Semua pakai e-card je. Senang, mudah dan jimat, hehehe ;)

Bagi aku, guna e-card tu memang mudah sebab tak perlu nak bazir duit untuk beli kad raya. Just pilih then hantar kat kawan2. Tapi, kalau nak rasa seronoknya tunggu posmen dtg hantar kiriman kad raya ke rumah boleh la cuba. Seronok memang seronok tapi biasalah, memakan masa yg agak lama la kan jika dibandingkan dgn e-card yg jam2 tu taip, jam2 tu jugak boleh sampai kat penerima.

Apa2 pun, tradisi pos2 kad raya ni masih lagi berterusan cuma yg membezakan cara kad tu dihantar je. Aku pulak, tahun ni berjaya la design kad raya sendiri. Kes aku ni pun kira mcm jimat jugak la, hehehe. Ni la kad raya yg aku design..


Too simple, right? Tapi apa2 pun, semuanya dari hati la. Ikhlas nak memberi. Walaupun tak seberapa..

Akhir kata, nak ucap la Selamat Hari Raya untuk semua bloggers di Malaysia. Semoga lebaran kali ini memberi seribu erti buat kita semua, insyaAllah. :)

segalanya sudah bermula! :)

Assalamualaikum semua :)




Kecik2 lagi budak ni da pakai glasses kn? Rajin sgt dia baca buku. Tapi kita, ada ke yang rajin sgt baca buku mcm dia? Ada tu ada la, tapi tak ramai yang fans giler dgn buku, betul tak? hehehe.. ;)

Rasanya ada la berapa minggu aku tak update blog ni kan? Almaklumlah sibuk. Naik cuti ni jadual menjadi sangat sibuk dgn aktiviti2 yang diaturkan. Kita sebagai pelajar ni, kena take part la jugak kan? :)

Suasana pembelajaran kat sini so far memang berbeza mengikut subjek la. Ada yang best, ada yang baru start je mata da terkebil-kebil je pandang papan putih kat depan. Haish! Mana boleh jadi mcm tu kan? Kau boleh Dila! Malaysia Boleh kau pun boleh! Yang penting usaha..

Aku sebenarnya bukan apa, nak lepas la perasaan sikit. Kesiannya aku, elok2 belajar lukisan kejuruteraan tiba2 jadi student akaun. Heee! Atas keputusan aku jugak la. Akaun tak pe la jugak, ada basic sikit.

Masuk part ekonomi, mcm mana tu? Mikroekonomi pulak. Teringat2 je suara cikgu Ekonomi tanya soalan,

"Apakah yang dimaksudkan dengan mikroekonomi?"

Adehh, berubah mood ni kejap. Dah tergaru-garu kepala yang tak gatal tu sebab nak menjawab soalan kan? Tu la, siapa suruh tak ambil subjek ekonomi masa form 4 dulu, kan da tak ada basic.. padan la muka! Hehehe! So, aku kena la usaha mulai sekarang, untuk dapatkan apa yang aku impikan! :)


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI --> Nak capai pointer yang bagus untuk sem 1 ni, kena la berusaha bersungguh-sungguh! Rajin2 kan diri tu baca buku mcm budak kecik kat atas tu. You can do it Dila! :)

aku kekurangan cuti ke? hehehe ;)

Assalamualaikum semua :)

Cuti sekolah makin hampir ke penghujungnya. Aku rasa berat hati sangat2 nak lepaskan cuti kali ni tapi nak buat mcm mana, aku kena akur yg cuti pertengahan tahun ni cuma 2 minggu saja! 2 minggu okay? Takpe2, tunggu cuti semester hujung tahun ni aku pulun ajak parents aku pergi holiday. Sungguh la tak puas rasanya bercuti. Aku rasa tak puas sebab naik cuti nanti aku da mula belajar balik. Kembali jadi student la kau Dila so, be focus on your studies!

Mana tak nye, cuti kali ni aku tak manfaatkan betul2 pun. Tengok tv la, baca novel la, hadap notebook la. Takde buat apa pun. Tapi aku rasa mesti ada diantara korang yang cuti ni tebus tidur sampai ke tengahari mcm dalam gambar ni kan? kantoi sudahnya, hehehe! Sedar2 je cuti pun da nak habis tapi ape boleh buat kan? Takpe2, cuti raya ada lagi, huhuhu! :)


Waa! Apa ni? Aku kurang cuti ke? Adehh! Aku nak cuti lagi!! ;)


3 weeks in Pre-U ;)

Assalamualaikum semua! :)

Mcm yg korg semua tahu, cuti sesi persekolahan untuk semester 1 setiap sekolah sudah pun bermula. Aku pun bercuti jugak. Cuti sekolah. Cuti kejap je la. Lepas tu, kuliah pun bermula!

Cakap pasal kuliah, haa! Ni aku nak share story dgn korg tentang pengalaman aku sepanjang 3 minggu kat tingkatan 6 (pra-u).



3 minggu dalam pra-u ni dipanggil Minggu Hala Tuju dikira minggu suai kenal la kan? Minggu pertama kat situ, kitorg diberi taklimat tentang sekolah tu. esoknye, kitorg dibawa pula meninjau2 kawasan sekolah. Minggu yg sama jugak kitorg ade sukaneka dgn Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta sesi suai kenal dgn akak2 and abg2 senior kitorg.

Minggu kedua pulak, minggu yg penuh dgn ceramah kerjaya. Mcm2 kerjaya la, akauntan, engineer. Naik lenguh badan kena duduk lama2 tapi it's okay. Bnyak bagi maklumat utk kitorg semua.

Masuk minggu ketiga a.k.a minggu terakhir dalam Minggu Hala Tuju, ada taklimat pakej. Taklimat pakej ni sebenarnya taklimat tentang pemilihan pakej yg akan diambil nanti. Kira minggu penting la ni. Habis sesi pemilihan pakej kitorg diasingkan mengikut pakej yg diambil..

Bercerita mengenai kawan. Hmm, mmg jumpa mcm2 org dekat sana. Aku sendiri pun ada dapat kawan baru! Tak la ramai mana maybe sbb baru lagi kan? Masing2 malu la nak bertegur sapa. Suasana sekolah tu pulak, jauh beza dgn sekolah lama aku dulu.

Aku rasa ni da ringkas habis program 3 minggu kat pra-u yg aku cerita. Nak cerita panjang lebar pun da tak larat da. Tapi apa yg pasti aku akan mula mengorak langkah untuk capai matlamat aku dan segalanya bermula disini! :)

welcome back to school Dila! :)

Assalamualaikum semua! :)

Mesti korang hairan kan tgk gambar tu? Ye la, dulu aku dok sibuk cerita pasal perkembangan aku masa sekolah sampai habis sekolah kan? Haaa, kali ni aku masuk balik sekolah. Hehehe!



Sebenarnye aku dapat tawaran ke tingkatan 6. So, that's mean aku kembali ke zaman persekolahan balik la. Zaman yg paling aku suka (nanti kita tgk ye Dila kau suka ke tak masuk Form 6 ni). Nak cerita lebih lanjut pun tak tahu jadi kita tunggu la sama2 macam mana hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah baru dalam tingkatan yg baru dan uniform yg baru, okay! :)


Salam Manis dari,

a birthday party for Cikgu Lela! :)

Assalamualaikum semua! :)

Ha.. nampak tak gambar kat bawah ni?



Sebenarnya gambar kat atas ni gambar birthday party cikgu Lukisan Kejuruteraan (LK) aku, Cikgu Lela. Cuba tengok ade tak perbezaan pada gambar ni? Ade.. bahagian mana tu? Aku tengok bahagian kek sebab tahun lepas bentuk kek segiempat tahun ni pulak bulat, hehehe! Okay2, yg membezakan gambar ni sebenarnye ialah satu tu party masa tahun lepas dan satu lagi tu party masa tahun ni..

Birthday cikgu ni sebenarnya semalam. Tapi! Kita org sambut hari Jumaat hari tu. Sebabnya semalam ramai student LK batch aku tak dapat nak celebrate. So, kita org decide buat hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat.

Kesimpulannye, untuk entri kali ni aku nak share la dgn korg semua gambar2 masa birthday party Cikgu Lela. Harapnye korg enjoy la ye tgk gambar2 ni :)


orang yang kat belakang tu tengah menungkan ape la agaknye kan? :)



this is us, hahaha! :)



our Superman Junior! Luqman :)



birthday cake yang sangat sedap! thanks a lot to Rashid :)



Luqman pandang siapa tu? mesti pandang Kak Dila kan sebab Kak Dila yang duduk depan mama Luqman, hahaha! :D



alamak! lilin tu tak menyala lagi la :)



okay, senyummmmm! :)



sesi memotong kek :)



tangan siapa la yang tak menyempat tu, tunggu turn la bang oi! hahaha! :D



Okay, last picture. Some moments to be memorise :)



GRACIAS! :)


Salam Manis dari,

zaman kanak - kanak dahulu..

Assalamualaikum, selamat malam semua! :)

Hahaha! Aku rasa korang mesti da nampak gambar tu dulu kan? Takpe2, ni aku bagi korang tengok dulu. Ksian kat korang.. ;)



*thanks a lot kpd classmate aku yg sudi upload gmbar ni dlm group kat fb*


Ha, da tengok kan? tu la gambar aku masa sekolah rendah dulu. Gambar masa darjah 2. Sihat betul aku masa tu. Kelakar jugak pun ade bila tengok ganbar ni. Kalau bukak kat group tu, komen kat gambar ni da beratus2! Alahai..

Aku rasa korang pun mesti ade simpan gambar2 mcm ni kan? Aku punye gambar sekolah rendah tah ke mana2 dah. Yang ade dlm simpanan aku cuma gambar masa sekolah menengah je. Sedihnye! Tapi takpe, da ade satu dlm simpanan ni pun da cukup buat kenang2an masa dewasa nanti.. ;)

Aku rasa cukup la sampai sini aku taip untuk entri kali ni. Aku akan cuba untuk post entri baru pulak pada masa akan datang okay! :)


Salam Manis dari,

our sweet memories!

Assalamualaikum semua :)

Entri kali ni aku nak bagi korang tgk gmbar hi-tea kelas aku yg diadakan bulan Disember lepas kat hotel Royale Bintang, Seremban. Macam yg aku janjikan beberapa bulan lepas la. Nak share gmbar dgn korg smua. So, aku tinggalkan korg dgn gmbar2 hi-tea ni utk korg tgk okay?



ni gambar souvenirs kitorang, satu pelajar dapat la satu siap nama sekali :)



this is our food, terus terang aku cakap makanan banyak sangat sampai tak termakan la :)



makanan lagi :)



dan lagi...



dan lagi, huhu!



yg baju merah tu guru kelas aku merangkap cikgu bahasa inggeris aku..



baju hijau tu pulak, cikgu sejarah aku :)

DAN SESI JAMUAN PUN BERMULA...



orang2 makan2.. :D



nampak sangat makan tu cover, hahaha :D



ni dia, abg macho! control hensem je masa makan, jeng3!



this is my classmate..



2 org dari belakang tu spoilkan gambar je, hahaha!



ni gambar candid ke ape ni?? ;)


bawah ni pulak gambar ketua tingkatan aku mse form 4 dgn form 5. mse form 4 yg lelaki tu then masa form 5 lak yg perempun tu :)





abg korea, cuba tgk muka abg tu ade ala2 Kim Hyun Joong tak? hihihi ;)





my friend, Izzatul and Fazilah :)



this is also my friend, Jason, Alif and Rashid :)





ade ape2 ke ni.. ;)





sesi memberi ucapan :)



with my class teacher :)



pelajar perempuan kelas aku, sikit kan? :)



pelajar lelaki kelas aku, lagi la ramai daripada perempuan :)



gambar kenangan kami sekelas :)

pesanan buat kwn2ku: kalau da berjaya nanti korg jgn sesekali lupa saat2 kita sama2 susah, sama2 senang dulu. kalau boleh jugak, jgn sesekali lost contact okay? kalau ade masa nanti, kita buat reunion balik okay! :)


Salam Manis dari,